Online Diary k1s4h_s4y4 _t3rs3nd1r1: ANDAI INGIN BERTEMAN.....

09 April, 2011

ANDAI INGIN BERTEMAN.....


Apabila kau ingin berteman, 
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, 
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan, 
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya, 
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya. 

Andai kau ingin seorang teman, 
Janganlah kerana sifat cerianya Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, 
Kau mungkin kan menyalahkannya. 

Andai kau ingin bersahabat, 
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna 
Kerana kau juga tidak sempurna.. 
Tiada yang biasa-biasa 

Menjadi satu yang sempurna. 
Tapi bersahabatlah kerana Allah 
Bersahabatlah kerana aqidah Islam 
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam InsyaAllah...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen